Sunday, 18 September 2011

ALHAMDULILLAHHHH......

Alhamdulillah...syukur sangat sebab hari nie 19/9/2011 (Isnin) KakiTidoqSungguh dapat surat dari Kementerian yang KakiTidoqSungguh dah disahkan pengesahan dalam perkhidmatan. SYUKUR sangat pada ALLAH dengan izinnya segalanya berjalan lancar.

Ikot perancangan KakiTidoqSungguh, lepas dapat ja Pengesah Dalam Perkhidmatan nie, KakiTidoqSungguh nak further study. Tapi walaubagaimana pun, perlu mendapatkan pengesahan dan kebenaran dari ketua jabatan dulu. Rasanya kalau ikot saluran yang betul memang lambat la. Tapi tak pa, bak kata orang utara (ntah yer entah tidak..hohohoho) Pelan-Pelan Kayuh.

Hopefully semuanya berjalan lancar. AMINNN YA RABBUL 'ALAMIN







Wednesday, 14 September 2011

On Diet Programme

Assalamualaikummmm to all (ada orang baca ka blog KakiTidoqSungguh nie..tibai je la)

Hohohohoho....sekarang ni KakiTidoqSungguh dalam proses mengdietkan diri. Al maklumlah dah serupa  guni padi daaa...sodey ooo...so sebagai cabaran untuk KakiTidoqSungguh meneruskan diet nie so KakiTidoqSungguh menjadikan gambaq KakiTidoqSungguh masa muda remaja dulu sebagai penggerak dan pembakar semangat ditambah juga dengan bebelan mak dan ayah KakiTidoqSungguh yang tak henti-henti membebel agar anak dara depa nie bertukaq ke bentuk dulu-dulu..hahahahaha...disebabkan tak tahan memdengar bebelan itu la + kata mengata orang sekeliling tentang tubuh badan KakiTidoq Sungguh makanya dengan rasminya pada 1/8/2011-bulan posa KakiTidoqSungguh stat berdiet.

Permulaannya amatlah payah bagi KakiTidoqSungguh sebabnya KakiTidoqSungguh dilarang mengambil makanan yang mengandungi KARBOHIDRAT (diet ala atkin) ..sob sob...sodey aja.. tapi tak apa,  digalakkan mengambil makanan berasaskan protien...banyak pown takpa. So tunggu apa lagi, tiap-tiap hari KakiTidoqSungguh melantak sup ayam/daging. So far tak jemu lagi la. 

Sesungguhnya tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air putih (orang HotCat -Hotel Catering- panggil sky juice...ngeh ngeh ngeh...). tapi bagi kes KakiTidoqSungguh dicadangkan minum sebanyak 5 liter sehari sebelum jam 8 malam. Satu penderaan minda bagi KakiTidoqSungguh sebabnya KakiTidoqSungguh tak penah minum air putih sebanyak tuh untuk sehari (air manis pernah la pulok). Tapi KakiTidoqSungguh kuatkan azam dan akhirnya KakiTidoqSungguh berjaya menghabiskan 5 liter air putih sehari.

Memandangkan kikiTidoqSungguh mengambil air yang mencukupi, makanya sistem pembuangan KakiTidoqSungguh menjadi very the lancar dan kulit pula menjadi lebih bermaya + glowing. Kalau tak percaya cubalah sendiri. Anda pasti dapat merasai perubahan yang berlaku.

Setakat nie dulu introduction diet KakiTidoqSungguh. Next time KakiTidoqSungguh update lagi.

Assalamualikumm!!!!