Tuesday 26 June 2012

Tajuk tak pikir lagi


 BAB 1          

          SUASANA pagi ini amatlah menjengkelkan perasaan. Tidak seperti hari-hari biasa di mana perjalanan hidupnya  mudah. Di perhatikan kereta Wira Aeroback kesayangnya dengan perasaan sebal.
            “ Adui hai. Tayar pancit la pula. Dah berapa kali pancit pun tak tahu. Baru minggu lepas aku tukar kasut (tayar kereta) mu Gurl-Gurl. ” Itulah nama manja untuk kereta kesayangan Syazlina. Di picit-picit pelipis matanya yang terasa berdenyut tiba-tiba.
            “ Ini yang nak marah ni. Siapalah yang ‘baik hati’ sangat memancitkan Gurl-Gurl aku nie. Siaplah orang tu. Aku dapat tahu siapa yang buat macam ni kat Gurl-Gurl aku, dia aku ‘saute’ sampai hangit. Aku dah lambat ni, macam mana ya.” Syazlina bercakap pada  dirinya sendiri. Tetiba sahaja Syazlina membuat pusingan U dan menuju ke Teratak Ayah Bonda.
            “ Babah, Gurl-Gurl Sayang pancit lagi.” Ucap Syazlina pada babahnya. ‘Sayang’ merupakan panggilan manja untuk Syazlina.
            “ La, pancit lagi ka. Awat yang buleh jadik lagu tuh.” Sampuk mamanya, Puan Noraini dari arah dapur sambil menatang air di dalam dulang. Syazlina mengangguk kepala berkali-kali ibarat burung belatuk.
            “ Sayang pergi kerja naik Boboy sajalah babah. Bolehkan?” Soal Syazlina sambil tersengih umpama kerang busuk.
            ‘ Yes, peluang  baik nie. Bolehlah aku melaram dengan Boboy.’ Fikir Syazlina sejenak sambil mengetukkan jari runcingnya ke dagu.
            “ Tok sah dok berangan nak bawa motor besaq (Boboy) Sayang pi. Biaq babah hantaq Sayang pergi kerja. Dok nak ambil kesempatan saja. Ingat elok sangatlah anak dara dok  pecut tengah jalan naik motor besaq. Itu pun dengan berbaju kurung. Tok sah dok mengarut sangat. Ingat sikit Sayang dah jadi pendidik sekarang nie, so behave yourself.” Itu dia arahan veto dari babah Syazlina, Encik Mohd Azfar.
            “ Yalah, yalah.” Syazlina mengiakan sambil mulutnya diherotkan tanda protes dalam diam. Puan Noraini tergelak kecil melihat mimik muka yang ditunjukkan oleh anaknya yang nakal itu.
            “ Buat muka, buat muka. Ingat babah tak tau ka dok buat mulut herot dia tu. Dah habis comey sangatlah tu.” Tersentak Syazlina dengan teguran dari babahnya. Syazlina berpaling melihat babahnya sambil tersengih.
            ‘ Mana babah tau aku buat muka hah. Adoi,  kantoi-kantoi.’ Syazlina bermonolog sendiri sambil menampar mulutnya yang comel itu.
            “ Hah, tunggu apa lagi, cepatlah. Satgi lambat pulak sampai tempat kerja.” Terkocoh-kocoh Syazlina membontoti babahnya dan meloloskan diri ke dalam  pacuan empat roda kesayangan babahnya selepas bersalaman dengan Puan Noraini. Pernah sekali Syazlina memandu pacuan empat roda itu dan terbabas menyebabkan bumper pacuan empat roda itu tertanggal. Seminggu Encik Mohd Azfar mogok cakap dengan anaknya itu. Puas Syazlina memohon maaf dari babahnya itu. Macam-macam cara digunakan oleh Syazlina untuk memujuk tapi babahnya tetap juga begitu. Tidak tahu bagaimana hendak memujuk lagi, akhirnya Syazlina pula yang mogok lapar sehingga demam berhari-hari.
Melihatkan keadaaan anak manjanya begitu, marah Encik Mohd Azfar terpadam dengan sendirinya. Fahamlah Encik Mohd Azfar dengan karenah anak perempuannya itu. Syazlina sememangnya rapat dan sangat manja dengan dirinya. Apabila dia tidak mengendahkan anaknya, Syazlina akan mudah melatah dan merajuk berhari-hari lamanya. Walaupun Syazlina anak sulung tetapi manjanya mengalahkan adik-adiknya yang lain. Mengingatkan peristiwa itu, Encik Mohd Azfar tersenyum sendiri.
            “Sampai sudah.” Encik Mohd Azfar berkata setelah tiba di pintu masuk kolej tempat Syazlina mengajar. Tergesa-gesa Syazlina turun dari pacuan empat roda itu setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada babahnya. Encik Mohd Azfar melihat bagaimana rapatnya anaknya itu dengan para pelajarnya apabila Syazlina diusik oleh pelajarnya dan dia mengejar pelajarnya itu.  Tersenyum-senyum Encik Mohd Azfar melihat telatah anak sulungnya yang dikiranya masih belum cukup matang bersesuaian dengan umur Syazlina yang akan menganjak ke angka 26.
            “Hish, apalah nak jadi dengan anak dara aku ni. Ada dikejaqnya budak-budak tu.” Ngomel Encik Mohd Azfar dalam senyuman sambil memandu pulang. Encik Mohd Azfar sedar yang Syazlina masih dalam kesedihan kerana peristiwa ‘itu’. Dia tahu anaknya sengaja menutup kesedihannya itu dengan berpura-pura gembira walhal hati anaknya itu menangis hiba.
            “Hah, abang dah sampai. Macam mana dengan anak dara abang tu.” Soal Puan Noraini pada suami tersayang.
            “Macam mana apa lagi. Macam tu sajalah. Tapi lega sikit hati abang ni tengok dia senyum dengan budak-budak di kolej tu tadi. Sedih hati abang tengok keadaan dia sebelum ni. Sekarang Alhamdulillah, semuanya nampak seperti sudah pulih sedikit. Tapi dalam hati dia siapa yang tahu.” Adu Encik Mohd Azfar pada isteri tersayang.
“ Nor tahu, Sayang tu dok sedih lagi. Cuma dia tu pandai berlakon. Depan kita, dia buat-buat gembira tapi belakang kita semua dia dok menangis. Nor tahu sangat dah.” Sambil mengesat air mata yang bertakung di juring mata Puan Noraini meluahkan perasaan sedihnya.
“Eh, dah tak comey awak ni. Yang dok teriak tu pasai pa. Sudahlah, lap ayaq mata tu.” Tegur Encik Mohd Azfar sambil tersenyum pada isterinya itu. Serentak dengan itu isterinya menarik muncung panjang. Tergelak besar dia melihat aksi sebegitu.
“Sudahlah tu. Mari masuk. Abang pun nak pergi kerja pula ni.” Ucapnya sambil menarik isteri tersayang memasuki teratak mereka. Walaupun isterinya itu bersifat agak keanak-anakkan, Encik Mohd Azfar tetap melayani kerenah isterinya yang tersayang itu.
Masih segar lagi dalam ingatan Encik Mohd Azfar berkaitan peristiwa yang telah menimpa anak sulungnya itu walaupun telah lima tahun peristiwa itu berlaku. Bagaimana seorang yang amat lincah dan ceria berubah menjadi seorang yang amat pendiam dan suka memendam rasa. Betapa murung dan tertekannya hidup anaknya itu sehingga tidak lagi mampu untuk bangun dari rasa rendah diri yang mencengkam jiwa Syazlina. Berkat kesabaran dirinya, isteri serta anak-anaknya yang lain memberikan kata-kata rangsangan dan galakkan, barulah Syazlina mampu untuk bangkit semula dari rasa rendah diri dan membina semula keyakinan diri serta perlahan-lahan cuba untuk melupakan apa yang telah berlaku walaupun amat sukar.
Alhamdulillah, kini Syazlina merupakan seorang pendidik dan sedang mencurah bakti di Kolej Komuniti di utara semenanjung dan menetap  bersama-sama Encik Mohd Azfar dan isteri. Betapa bangganya Encik Mohd Azfar serta isteri, Puan Noraini dengan pencapaian anak sulung mereka itu. Begitu juga dengan adik-adik Syazlina. Dari jatuh terduduk sehingga berjaya bangun dan berdiri dalam tempoh yang singkat.
“Hah bang, menungkan apa lagi tu. Katanya dah lambat nak pergi kerja. Sempat pulak dok tenung rumah jiran depan tu pulak. Nak intai sapa pulak tu.” Puan Noraini mematikan lamunan panjang suaminya itu.
Tersengih-sengih Encik Mohd Azfar di perli isterinya. Lalu dia pun membuntuti isterinya masuk. Giliran dia pula untuk pergi mencari rezeki dan menabur bakti kepada masyarakat sesuai dengan pekerjaannya itu, sebagai seorang Cif Inspektor. 
“Awak ni, main lepas kata aja. Saya intai sungguh sat lagi awak jugak yang nak meraung.” Usik Encik Mohd Azfar pada isterinya. Dapat di lihat isterinya menjeling tajam padanya tanda tidak suka dengan apa yang di perkatakan olehnya. Sambil tergelak kecil, terus saja Encik Mohd Azfar melangkah kekamarnya untuk bersiap-siap ketempat kerja di IPD Arau.


Sunday 18 September 2011

ALHAMDULILLAHHHH......

Alhamdulillah...syukur sangat sebab hari nie 19/9/2011 (Isnin) KakiTidoqSungguh dapat surat dari Kementerian yang KakiTidoqSungguh dah disahkan pengesahan dalam perkhidmatan. SYUKUR sangat pada ALLAH dengan izinnya segalanya berjalan lancar.

Ikot perancangan KakiTidoqSungguh, lepas dapat ja Pengesah Dalam Perkhidmatan nie, KakiTidoqSungguh nak further study. Tapi walaubagaimana pun, perlu mendapatkan pengesahan dan kebenaran dari ketua jabatan dulu. Rasanya kalau ikot saluran yang betul memang lambat la. Tapi tak pa, bak kata orang utara (ntah yer entah tidak..hohohoho) Pelan-Pelan Kayuh.

Hopefully semuanya berjalan lancar. AMINNN YA RABBUL 'ALAMIN







Wednesday 14 September 2011

On Diet Programme

Assalamualaikummmm to all (ada orang baca ka blog KakiTidoqSungguh nie..tibai je la)

Hohohohoho....sekarang ni KakiTidoqSungguh dalam proses mengdietkan diri. Al maklumlah dah serupa  guni padi daaa...sodey ooo...so sebagai cabaran untuk KakiTidoqSungguh meneruskan diet nie so KakiTidoqSungguh menjadikan gambaq KakiTidoqSungguh masa muda remaja dulu sebagai penggerak dan pembakar semangat ditambah juga dengan bebelan mak dan ayah KakiTidoqSungguh yang tak henti-henti membebel agar anak dara depa nie bertukaq ke bentuk dulu-dulu..hahahahaha...disebabkan tak tahan memdengar bebelan itu la + kata mengata orang sekeliling tentang tubuh badan KakiTidoq Sungguh makanya dengan rasminya pada 1/8/2011-bulan posa KakiTidoqSungguh stat berdiet.

Permulaannya amatlah payah bagi KakiTidoqSungguh sebabnya KakiTidoqSungguh dilarang mengambil makanan yang mengandungi KARBOHIDRAT (diet ala atkin) ..sob sob...sodey aja.. tapi tak apa,  digalakkan mengambil makanan berasaskan protien...banyak pown takpa. So tunggu apa lagi, tiap-tiap hari KakiTidoqSungguh melantak sup ayam/daging. So far tak jemu lagi la. 

Sesungguhnya tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air putih (orang HotCat -Hotel Catering- panggil sky juice...ngeh ngeh ngeh...). tapi bagi kes KakiTidoqSungguh dicadangkan minum sebanyak 5 liter sehari sebelum jam 8 malam. Satu penderaan minda bagi KakiTidoqSungguh sebabnya KakiTidoqSungguh tak penah minum air putih sebanyak tuh untuk sehari (air manis pernah la pulok). Tapi KakiTidoqSungguh kuatkan azam dan akhirnya KakiTidoqSungguh berjaya menghabiskan 5 liter air putih sehari.

Memandangkan kikiTidoqSungguh mengambil air yang mencukupi, makanya sistem pembuangan KakiTidoqSungguh menjadi very the lancar dan kulit pula menjadi lebih bermaya + glowing. Kalau tak percaya cubalah sendiri. Anda pasti dapat merasai perubahan yang berlaku.

Setakat nie dulu introduction diet KakiTidoqSungguh. Next time KakiTidoqSungguh update lagi.

Assalamualikumm!!!!

Tuesday 23 August 2011

Introduce I, Me And Myself

Nama              :   Syaliza Binti Azmi
Nickname         :   Liza, Syaz, Syalezz ( u all choose la)
Tarikh Lahir      :   1985
Tempat Lahir    :   KL, tp membesar kat Perlis (I proud to be Perlis Girl)
Hobi                :   Sleeping (berangan nak jadik cam si sleeping beauty la tuh), cooking, baking, reading,dreaming (hohoho nie acara wajib kalau tak ada benda nak buat)

Sampai sini dulu la yer. Apa-apa nanti kalau ada benda best saya update lain yer. Tata...